Pada suatu malam, anda pergi makan di Mamak bersama rakan anda. Anda call parents anda yang mengatakan nak pakai kereta tapi tak dapat jumpa kunci. Maka mereka memberi tahu di mana spare kuncinya. Kemudian anda pun terus membawa kereta tersebut yang mana tidak pun dikunci.
Lepas setengah jam di Mamak, anda pun bayar dan terus ke kereta. Tiba-tiba alat kawalan jauh kereta yang menentukan nasib alarm kereta itu tidak berfungsi. Anda pun lalu membukanya menggunakan lubang kunci di pintu tersebut. Tiba-tiba,...
WEEEWOOWEEEWOOWEEWOO
Alarm kereta berbunyi non-stop. Anda dan rakan anda cuak. Alat kawalan jauh alarm tidak berfungsi. Ahhhhh! Anda call parents anda dan mengatakan hal tersebut. Lalu mengambil keputusan untuk membawa kereta tersebut dengan alarm yang masih berbunyi sehingga telingga menjadi bingit.
Sampai sahaja separuh jalan, polis peronda menyedari kereta anda seperti kereta yang dicuri ataupun cuma dua orang remaja yang keluar rumah tanpa memberitahu kepada parents anda. Polis peronda itu menahan anda dan memeriksa anda. Setelah diberi alasan, polis itu berlalu pergi. Kemudian, setelah hampir ke rumah rakan anda, alarm tersebut sudah tidak berbunyi. Cuma lampu kecemasan sahaja yang bernyala dengan pantas sekali.
Anda pun sampai di rumah rakan anda. Apabila rakan anda membuka pintu kereta tersebut, tiba-tiba...
WEEWOOWEEWOOWEEWOO
Berbunyi kembali alarm tersebut! Anda pun, *sigh* Tapi, bila sampai di pondok jaga, alarm itu kembali senyap. Kemudian, apabila anda merentasi lampu isyarat, alarm kereta kembali berbunyi. Ahh, orang lain pun pandang semacam sahaja dengan anda. Seperti, "WTF bising la woi!". Tetapi Pak Guard di rumah anda cuma buat tak tahu sahaja. Sekembali anda di rumah, alarm kereta itu pun senyap.
-TAMMAT-
That was my experience. Happend just now, ok.
M.Nazmi

About Nazmi
Just my blog.
I write my personal experience.
Nothing wrong with it, right?

#483

#479

#563

#493

#488
No comments:
Post a Comment