Kami baru sahaja mengadakan secara tidak langsungnya sidang alumni Hicom. Ya, Sekolah Kebangsaan Hicom. Yang mana kami bercadang untuk mengadakan reunion. Entah macam mana boleh pula tiba-tiba terkeluar kata-kata ini. Kami itu adalah saya, Muiz, Emi dan juga Ifah.
Terbincang dalam masa 3 jam jugalah dekat mamak. Dan seronok juga terkenang kisah sekolah rendah kami. Dan kenangan-kenangan itu adalah kelakar. Mungkin kami pada masa lalu semasa kecil dan muka yang rasa tak bersalah itu rasa malu atau marah, tapi di masa tua tentunya akan tergelak.
Mungkin juga akan jadi. Tapi kami akan mengharapkan reunion ini menjadi.
Mula untuk mencari nama-nama Hicom UPSR Batch 2001!
M.Nazmi

About Nazmi
Just my blog.
I write my personal experience.
Nothing wrong with it, right?

#488

#483

#479
#547

#222
No comments:
Post a Comment