Re: WHERE TO DEVELOPE FILM IN KLANG VALLEY AREA? updated page 1
Postby johannaffendy on Tue Jan 05, 2010 4:31 pm
salam semua.
thread ni patutnya untuk kita kongsi nama kedai, alamat, contact number dan pricing je. ni ramai sangat yang tanya kat mana boleh develop filem / cross process / burn to CD etc. aku ada cadangan: kalau takde dalam listing kat page 1, apa kata korang check sendiri kedai gambar tu? pastu share info yang korang dapat kat sini. ikut langkah berikut:
1. pegi ke kedai gambar berdekatan (tak semestinya kedai canggih, yang kecik2 pun boleh).
2. tunjuk filem korang kat pekedai, tanya boleh develop tak. tanya jugak satu roll dorang caj berapa.
3. untuk slide film - tak payah sebut cross process. cakap je "cuci macam biasa" atau "develop in color (C41)".
4. kalau dorang tak terima slide film, cari kedai lain.
5. separuh kedai boleh scan negatives ke CD. aku syorkan korang buat macam ni untuk archiving dan sharing.
6. kalau kedai tu takde servis scanning, terpaksalah korang print ke 3R atau 4R. atau pegi kedai lain.
7. jangan lupa tanya berapa dorang caj untuk langkah 5 dan 6.
8. serahkan filem untuk developing + scanning / printing.
9. dah dapat results, kongsi semua di atas dengan ahli2 lomokids yang lain 8)
harap dapat membantu. korang kena rajin bertanya dan berani mencuba. lain kedai lain hasilnya. all the best!
taken from lomokids.com/forum
I'm gonna do what have been advice.
Nazmi
No comments:
Post a Comment