Telah saya bekerja sementara. Membuat siasatan tapak menggunakan alatan resistivity di Kg Chennah, Jelebu, Negeri Sembilan. Berada di tapak selama 6 hari berturut-turut. Tujuannya untuk membina jalan berturap yang lebih lebar bagi orang-orang kampung di situ dan juga akses kepada orang luar untuk beraktiviti di kampung tersebut. Maka sebelum tanah digondol dan menurap dengan tarmacadam, siasatan tapak dilakukan supaya tidak berlaku bencana ketika dan selepas membina jalan di sepanjang laluan tersebut.
Oh ya ada tapak perkhemahan di situ. Kenaboi Adventure dan juga Kem Perjuangan! Berikut adalah gambar-gambarnya.
Menarik mempelajarinya sambil bekerja.
Nazmi
Share On
About Nazmi
Just my blog.
I write my personal experience.
Nothing wrong with it, right?
No comments:
Post a Comment