Welcome

Greetings
Follow Me

#204 Futsal



By  Nazmi     19:55    Labels:, 
Semalam main futsal dengan budak-budak junior sekolah Thirdteen dalam empat team termasuk kami yang mana ada Faiz, Azri, Hilmi, aku dan juga jemputan, Muiz sekolah HICOM dulu. Jadi, mainlah kami first game. Yang kami ini dah lah berapa bulan atau tahun lama tak main. Lawan dengan team yang macam hari-hari main. Dah la kami main dengan main-main, yang budak junior kami tu main punya gila-gila punya serious gila macam main dekat tournament. Ok, kami kalah awal-awal dengan kelebihan mereka 2 gol. Dan tunggulah giliran kami di bangku. Selepas 2 team kalah, kami pun masuklah balik dan lawan lagi sekali dengan team yang kami lawan tadi.

Jadi lawanlah. Kalah lagi tapi kami dapat tahan lagi lama dari perlawanan yang pertama. Tapi lepas habis saja lawan, Faiz diberitahu yang tolong main dengan serious. Ok. Memanglah kami main-main saja. Tetapi perlukah main dengan se-serious macam main tournament? Dan juga ada salah seorang daripada mereka rasa macam nak cari gaduh dengan salah seorang daripada kami. Saya fikir, hari semalam itu cuma ingin berseronok, bermain futsal dengan gembira tetapi akhirnya timbul juga perasaan tidak suka atau menyampah dengan mereka. Bagi saya juga, mereka seperti tidak hormati kami. Serious. Tak hormat. Oklah, cuma dalam dua orang saja. Tiga orang lagi tu ok lagi. Haha

Tapi tak puas hatilah. Mereka main macam nak main tournament. Kami pula main cuma ingin berseronok. Saya rasa keseronokan adalah penting. Dan bila terfikir main macam dalam tournament dapat rasakan tekanan, untuk main lebih baik. Apa kata kita main untuk cuba skill baru atau gelek-gelek bola saja? Haih remaja sekarang...

Oh yea, hari ini Subang Jaya sangat panas. Saya ada idea gila dalam kepala yang mana dalam rumah ini patut pasang mechanical ventilation yang menggunakan kipas dan juga ducting. Ducting itu mestilah disalurkan dari siling tingkat atas ini hingga ke bumbung rumah dan kipas itu diletakkan di bumbung rumah juga. Jadi dengan ini rumah ini akan menjadi lebih sejuk. Tak perlulah kita menggunakan penghawa dingin yang memakan kos yang tinggi lebih-lebih lagi dalam penggunaan elektrik. Mechanical ventilation ini baik gunanya kerana adalah lebih murah dan dari segi pembaikan pulih adalah lebih murah daripada penghawa dingin. Tak gitu?

M.Nazmi

About Nazmi


Just my blog.
I write my personal experience.
Nothing wrong with it, right?

No comments:


Translate