Welcome

Greetings
Follow Me

Nur Ain Fadzil



By  Nazmi     22:49    Labels:, 
Malam ini saya akan blog tentang adik saya, Nur Ain Fadzil. [link]

Ya, saya takde adik kandung. Tapi tak terlintas nak adik pun. Hahahaha. Tapi ada adik seronok juga. Walaupun ini adik angkat.

Macam mana dia boleh dapat status adik? Begini, konon-kononnya dia dengan rakan dia yang juga rakan rapat saya, Faiz, adalah adik-beradik sebab nama Ayahanda mereka berdua sama! Jadi, entah kenapa tiba-tiba saya termasuk dalam siblings itu. Begitu juga penambahan seorang lagi iaitu Nadya. Tak ingat macam mana dia dapat 'pangkat' tu. Lepas tu ada lagi dua orang, yang merangkap Ayah dan Ibu kami di sekolah tersebut, iaitu Fadzil dan juga 'secret admire'nya pada waktu itu, dash dash dash. Macam mana boleh jadi Ayah kami? Sebab nama dia Fadzil, sama dengan nama Ayahanda betul Ain dan Faiz.

Jadi, dapatlah satu carta keluarga. Ayah & Ibu = Fadzil & secret admirer. Adik beradik (mengikut siapa lahir dulu) = 1) Faiz, 2) Nazmi, 3) Nadya & 4) Ain. Jadilah sebuah keluarga yang bahagia meskipun Fadzil buat tidak menahu saja. Haha.

Keluarga ini bermula pada tahun SPM, kan? Dan sampai hari ini, yang betul-betul bertalian adalah saya dan juga Ain walaupun Faiz kadang-kala memanggil dirinya 'abang' kepada Ain. Yang lain? Terhilang pula. Haha kesian kami parents tinggal kami macam tu saja. Heh.

Ok, saya dan Ain pun rapat ketika dia dan ex-nya memikat antara satu sama lain. Ex-nya itu adalah rakan baik saya (sehingga kini). Dan mula daripada itu, Ain pun asyik bertanya-tanya, mengacau saya tentang BFnya ketika itu. Keadaan bertambah rapat antara saya dan Ain semasa BFnya ketika itu dipanggil oleh kerajaan untuk menjalani PLKN. Macam-macam layan karenah Ain masa itu. Mengacau je. Tak tenang. Haha benda dah lepas, no offence! :p

Walaupun dia dengan BFnya itu dah putus, kami melekat lagi jadi adik-beradik. Haaa macam-macamlah dia mengadu. Nasihat, ketenangan, informasi memang selalu kasi dekat dia, kot. Lepas tu, kalau dia bosan saja memang nak mencari. Walaupun se'annoying' nyamuk, dia kadang-kadang teman juga abang dia ini. Hoho.

Hum dah la sotong, lepas tu perasan diva. Ish.

*Alamak, tak dapat fikir spontan dah. Haha*

Anyway, she's fun to be with. Walaupun gedik, yang mana segelintir orang rasa sangat menyampah tapi layan je. Haha. Lepas tu tambah-tambah sifat perasan dia tu. *Waah ini ke arah condemn ni. Haha*

What she did for me? I also, of course, mengadu apa-apa and bosan pun cari dia. Oh ya, dia cuba jernihkan air yang keruh for me. Ahah.

Hmmm, what ever it is, you are my only lil' sis. Jangan buat benda yang merepek je and juga concentrate dekat 'situ' je. Cuba have fun, go outside, smell the polluted air (Haha), take a walk, etc. and get your mood back. Dah jangan duk nangis. Abang kan ada. Hahahaha. Ok merepek. Hm, lama tak jumpa dia. Bila nak jumpa hahhhh

That's all, I guess.

M.Nazmi

About Nazmi


Just my blog.
I write my personal experience.
Nothing wrong with it, right?

No comments:


Translate